Saturday 24 May 2014

KCK Teaser 4

"Ada apa, Mummy?" Ellaijah Francis menyoal semula soalan si Ibu.

"Just take care of yourself, Son. Tolong lupakan niat yang kamu simpan selama ini. Tak baik menggangu rumah tangga mereka."

Jelas kedengaran nafas berat dilepaskan di sebelah sana. Ellaijah Francis tahu, mesti akan kena goreng dengan si Ibu sebentar lagi.

"Hurmm! Apa yang harus saya buat, Mummy? Adakah ini hukuman bagi kesilapan masa lampau saya? I do love her... and the boy very much. Kalau boleh tukar dengan segala benda yang saya miliki. Saya akan buat, Mummy." Ellaijah Francis menahan sebak di dada. Masih adakah sisa kekuatan itu setelah terlalu lama dia menunggu. Mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Hembusan nafas Puan Sri Josephine Jalin sempat di dengar dengan jelas oleh Ellaijah Francis.

"Darah Rentap berada di setiap pembuluh darah kamu, Ellai. Mummy tahu, anak Mummy kuat. Kalau dulu kamu boleh menghadapi kekecewaan dengan Bulan. Mummy, pasti kali ini pun anak Mummy akan lebih kuat lagi. Yang pasti jangan kerana cinta mata hati kita jadi buta. Kita doakan kebahagiaan keluarga Wiena. Bagilah mereka peluang untuk mengecapi kebahagiaan mereka."

Lama Puan Sri Josephine Jalin menunggu Ellai bersuara di sebelah sana.

"Masa lampau sudah berlalu, Nak. Jangan di toleh ke belakang lagi. Sudah ditetapkan jodoh kamu bukan dengan Bulan ataupun Wiena. Itu kamu kena ingat! Akan ada seorang wanita lain khas untuk kamu suatu hari nanti. Mummy tak nak kamu balik semula kepada perangai asal kamu. No drinking, smocking and womanising!" Keras Puan Sri Josephine Jalin memberi amaran terhadap anak lelaki sulungnya. Kendatipun umurnya sudah menganjak angka empat puluhan tetapi masih bermanja-manja dengannya. Jatuh cinta pula selalu tidak menjadi. Agaknya si anak kena mandi bunga. Kerap sangat putus cinta di tengah jalan.

"Ehemm... Mummy, sekarang saya buntu. Bagi saya bertenang dahulu. Baru saya boleh berfikiran lurus. No doubt it's killing me. But for sure I will be fine. Bye, Mummy." Ellaijah Francis memutuskan talian telefon.

Puan Sri Josephine Jalin mengeleng-geleng. Ternyata sangat si anak tidak ingin berkongsi rahsia hati dengan dia. Harapannya agar Ellaijah Francis jangan mencari bala ingin merebut isteri orang. Tidak sanggup dia mendengar umpatan dan caci maki, daripada sanak saudara dan sahabat handai. Seandainya Ellaijah Francis sanggup meruntuhkan rumah tangga orang. Boleh pendek umur kalau benda itu yang dibuat dek anak!

No comments:

Post a Comment