Tuesday 15 April 2014

KCK TEASER 2

Rumah Usang Tepi Sungai (5 tahun Kemudian)

Fabian Freston memaku mata, memandang rumah kecil usang tetapi rekaan yang unik, tetap menghasilkan daya tarikan yang tersendiri. Rumah itu kelihatan sepi seperti tiada penghuni. Terbiar tanpa dijaga. Berkongsi nasib yang sama dengan dirinya. Ditinggalkan tuan, tanpa khabar berita. Dia berhenti melangkah.

'Betul ke ni, rumah Wiena?'

Dia menoleh ke kanan. Kelihatan pokok-pokok yang rendang di sekitar tepi sungai. Bunyi air deras sungai tersebut menimbulkan ingatan yang lalu. Satu waktu dulu dia pernah tertanam dalam tanah jerlus dan berakhir dengan saat romantis mereka di sungai.

Dia mengambil sapu tangan yang terselit di saku seluar jeans lusuh. Peluh yang mula menitik keluar dilap sekali dua. Di atas langit, matahari sedang menyinarkan bahang panas tengah hari. Musim kemarau sedang melanda kampung tersebut. Bunyi unggas-unggas dari semak disekeliling bersama bau haruman hutan melunturkan bahangan perasaannya. Perut sepapan pula sedang berirama rancak meminta diisi beberapa hari ini.

Dia menghayunkan kaki ke sebelah kiri pula. Kereta kancil warna merah menjadi sasarannya. Perlahan tangannya menyentuh bahagian injin kereta.

'Sejuk. Kenapa ditinggalkan di sini?'

Anak tangga daripada kayu belian yang masih kukuh dilangkah satu persatu. Anjung rumah bersepah dengan dedaun kering dan habuk kuning sudah mengeras di atas lantai. Pintu rumah pula dikunci menggunakan mangga 'gading'. Besar 'nala' pad lock itu.

Terdiam sejenak dia di situ. Bungkam mencari idea yang bernas untuk masuk ke dalam rumah kecil itu. Sekerdilnya dia, Tuhan masih ingin membantu. Datang idea dulu-dulu. Datin Amritha Kaur selalu meninggalkan kunci di bawah pasu bunga di depan pintu. Itu dulu, mana tahu Aerwyna Aberdeen pun punyai tabiat yang sama.

Sekarang pasu bunga kertas di bawah tangga menjadi sasaran. Sekeluarga kodok tersentap, lari bertaburan. Tadi mereka bersembunyi di bawah pasu itu.

'Perempuan ini, bahaya. Boleh pula dia tinggalkan kunci pendua di sini.' Perasaan lega menjenggah dada walaupun kesal dengan kelalaian Aerwyna Aberdeen. Bagaimana kalau ada orang lain sepandai dia, boleh berfikir serupa dia? Bahaya!

Tergesa dia menaiki tangga, keinginan membuak-buak untuk menerokai interior rumah kecil Aerwyna Aberdeen. Mesti istimewa seperti rekaan luarannya.

'Auchhh!' Fabian Freston menarik keluar kaki kirinya yang terperosok dicelah tangga teratas. Dia menoleh ke kiri, paku tercabut di bahagian hujung. Terhenjot-henjot dia berjalan untuk membuka pintu. Habuk dan debu berterbangan di dalam rumah. Perabot di tutup dengan pelbagai corak kain. Sesawang labah-labah memenuhi siling. Ada nyamuk dan labah-labah tua mati terperangkap di situ.

'Arghhh!' Fabian Freston menepis dan membuang sesawang labah-labah yang melekat dimukanya.

Fabian Freston menyelak salah satu daripada kamar tidur. Hatinya yang sedikit ceria tadi menjadi hampa. Matanya tertangkap gambar Aerwyna Aberdeen mendukung seorang kanak-kanak comel, disebelahnya berdiri seorang lelaki tampan kacak bergaya. Gambar senget yang tergantung di dinding diangkat lantas di tatap seketika.

'God, am I too late?' Lara hatinya merenung kemesraan keluarga kecil Aerwyna Aberdeen. Gambar itu digantungkan semula. Hembusan nafas berat di lepaskan. Segenap bilik dijelajahi. Bag galasnya diletakan di situ. Bilik itu dijadikan sebagai tempat untuk dia merehatkan diri atau bermalam seberapa lama dia suka.

Tangan dia membuka baju, matanya pula masih melekat pada gambar tersebut. Sakit hati tidak terperi. Apakah pencariannya selama ini akan sia-sia? Bening jernih disapu kasar.

'I am not going to give up! God please send her to me.' Hidung mancungnya disapu lembut. Tekad ditanam semula. Aerwyna Aberdeen mesti dicari, dengan apa cara sekali pun...

Kerja mengemas rumah kecil itu dimulakan tanpa bertangguh. Fabian Freston terpegun dengan apa yang dilihatnya sekarang. Perbincangan mereka dahulu pada saat Aerwyna Aberdeen keluar dari hospital selepas menderma darah terlayar dimatanya.

'Oh, baby... you still remember our dreams.' Disebabkan tidak mahu terbeban dengan kenangan lampau, dia ke dapur mencari sesuatu untuk mengalas perut. Tiada sebarang makanan yang tertinggal di situ, cuma serbuk kopi, teh dan gula yang masih elok di dalam bekas kedap udara.

Dia bergegas menyelongkar bag galasnya. Maggie bujang pun jadilah sebagai pengalas perut. Nantilah dia tahu apa hendak dibuat. Tadi dia ternampak senapang patah Ayak Laja dan tiga kotak peluru hidup ada di situ. Beras pun masih penuh bekas. Cukup bekalan sebagai permulaan hidupnya di situ.

Petang itu, Fabian Freston keluar membawa senapang patah menghilangkan diri di dalam hutan. Memburu binatang yang boleh dijadikan makanan. Walaupun lama tidak keluar memburu dengan kawan-kawan di Taiping, namun kecekapan menembak masih belum pudar lagi.

####

Aerwyna Aberdeen berasa musykil, motor besar itu kepunyaan siapa? Dia melajukan langkah menuju ke rumah kecilnya. Kehairanan dia melihat rumahnya kemas dan bersih.

'Kejutan apakah ini?' Siapakah yang berani membuat rumahnya seperti harta sendiri? Pintu bilik tidurnya yang terbuka luas menaikkan suhu kemarahannya. Begegas dia berlari ke situ untuk memeriksa keadaan di situ.

Tanpa berlenggah dia membuka bag galas yang terletak di atas lantai di situ. Hampir termuntah Aerwyna Aberdeen apabila bau masam pakaian lama di dalam bag tersebut menyapa rongga hidung. Agaknya berapa lama Fabian Freston tidak mencuci pakaian.

Dompet yang terselit di saku seluar jeans Fabian Freston dan tergantung di belakang daun pintu dibuka rakus. Aerwyna Aberdeen mengetap mulut kerana ternyata hampa dengan apa yang dicarinya.

Kecewa dengan sasarannya, dia mengangkut semua harta benda Fabian Freston dan diletakan di anjung rumahnya. Bukan dia tak berterima kasih kerana sudi dia sudi menolongnya mengemas dan membersihkan rumah. Tetapi dia takut kepada orang yang dia tak kenali.

'Hishh! Senapang aku, dia ambik. Macam mana ni?' Runggut Aerwyna Aberdeen. Setelah menyedari senapang patah Ayak Laja sudah tiada ditempat yang biasa.

Sepantas mungkin Aerwyna Aberdeen membersihkan diri. Mengemas apa yang dia bawa sebentar tadi. Kali ini dia bercadang ingin menghabiskan cuti bersendirian dalam seminggu dua. Lama sangat, dia tidak menghabiskan masa rumah kecilnya.

Saat pintu depan dibuka dari luar Aerwyna Aberdeen berlari laju sehingga terlanggar badan sekeping, Fabian Freston. Mata bertaut, dahi berkerut tiada senyuman terukir di bibir masing-masing.

Tergamam Aerwyna Aberdeen menyaksikan betapa berlainannya lelaki yang tertindan di bawah. Opss! Pantas dia bangun dari memeluk Fabian Freston yang terlentang akibat perlanggaran mereka tadi.

Beberapa minit berlalu mereka masih bungkam tiada kata. Seandainya jarum bermata karat terjatuh pada masa itu, sudah pasti terdengar di cuping telinga. Jantung keduanya melonjak-lonjak mengepam darah gemuruh. Kalau ada diantara mereka mempunyai penyakit darah tinggi, pasti tekanannya naik mendadak.

"Maaf, aku menceroboh masuk. Awak bagaimana? Maksud saya kehidupan awak sekarang." Bicara Fabian Freston untuk merungkai saat pegun mereka. Terlalu banyak yang ingin di soal. Lantas hanya tiga ayat itu sahaja, yang sesuai sebagai pembuka kata.

Orang yang terkenal sebagai pemidato sekolah dahulu, tiba-tiba diserang penyakit gagap. Orang itu adalah Aerwyna Aberdeen, dia cuma bisa bermain dengan jari jemarinya pada ketika itu. Perlahan di himpunkan keberaniannya.

"Aku sihat. Hidup biasa-biasa sahaja. Sebagai orang kampung. Kehidupan bandar aku tinggal jauh. Cukup sudah pengajaran yang aku lalui, melalui pelajaran masa lalu." Lancar juga dia menuturkan butir-butir bicaranya. Hilang kegagapan dia tadi, bersama tiupan angin petang. Dadanya yang sesak, tiba-tiba bertukar lapang serupa padang bola.

P/S:- sekian untuk bab ini...D

No comments:

Post a Comment